Pertandingan Tesis 3 Minit

Syarat Penyertaan

Tajuk Tesis

Tajuk tesis haruslah memberi fokus kepada hasil kajian kawalan pencemaran alam sekitar sebagai tajuk utama silibus iaitu bagi program kursus Sains dan Teknologi, Sains Gunaan dan Sosial, Kejuruteraan dan Alam Sekitar

PESERTA

  • Penyertaan adalah secara individu namun peserta perlu mendapatkan pengesahan pihak Universiti / Kolej Universiti
  • Terbuka kepada siswa IPT seluruh Malaysia untuk program Ijazah Pertama (tahun akhir) dan Ijazah Sarjana (hasil kajian penyelidikan)
  • Setiap peserta hendaklah menjadi ahli Rakan Alam Sekitar JAS(http://ras.doe.gov.my/borang/pendaftaran_add.php), serta perlu like dan follow Page Jabatan Alam Sekitar dan Page Rakan Alam Sekitar sebagai syarat utama kelayakan untuk menyertai pertandingan ini
  • Peserta mestilah mempunyai akaun Facebook persendirian dengan Nama sebenar dan Gambar Profil sebenar

Kategori

  1. Ijazah Sarjana Muda
  2. Ijazah Sarjana

Informasi

  • Seorang peserta terhad kepada SATU penyertaan sahaja dan tesis dalam Bahasa Melayu sahaja
  • Peserta perlu mengemukakan salinan abstrak bagi tugasan tesis untuk pengesahan oleh penyelia bagi bidang program Ijazah yang diikuti
  • Peserta perlu mengisi borang penyertaan melalui QR Code di dalam poster Pertandingan 3MT Alam Sekitar 2020 di dalam Page Jabatan Alam Sekitar dan Page Rakan Alam Sekitar
  • Video rakaman yang dihantar mestilah berdurasi tidak melebihi 3 minit
  • Video rakaman mestilah rakaman sebenar peserta yang bertesis
  • Video rakaman mestilah tanpa sebarang ubahsuai atau bantuan videografik atau infografik
  • TIDAK DIBENARKAN menyentuh sensitiviti kaum, agama, serta politik dalam video rakaman
  • Penilaian akan dilakukan berdasarkan keaslian, teknik dan kebolehan untuk menyampaikan isi yang bernas dan padat dalam ucapan.
  • Pihak penganjur tidak bertanggungjawab untuk menanggung sebarang kos ataupun kerugian yang ditanggung oleh perserta
  • Keputusan panel hakim adalah MUKTAMAD. Segala bentuk rayuan dan bantahan sama ada dalam bentuk lisan atau bentuk penulisan tidak akan dilayan sama sekali
  • Pihak penganjur berhak menolak sebarang penyertaan yang melanggar peraturan mengubah sebarang syarat pertandingan yang dirasakan perlu bagi memastikan kelancaran pertandingan
  • Pemenang yang akan bertanding di peringkat akhir akan dihubungi melalui surat rasmi, telefon atau emel dan nama peserta akan disiarkan di Facebook Page Jabatan Alam Sekitar dan Page Rakan Alam Sekitar

Hadiah bagi setiap Kategori

HADIAH PERTAMA :
RM1,500 + SIJIL PENYERTAAN DAN PLAK

HADIAH KEDUA :
RM1,000 + SIJIL PENYERTAANDAN PLAK

HADIAH KETIGA :
RM700 + SIJIL PENYERTAAN DAN PLAK

Tarikh Penyertaan

29 September 2020 - 30 Oktober 2020