Ahad, 18 Oktober 2020 23:04

Prinsip Pentadbiran Lestari

Kesedaran masyarakat mengenai kepentingan alam sekitar turut menjadi faktor penting dalam pembangunan negara terutama memastikan pentadbiran dan pengurusan yang dilaksanakan mengutamakan aspek penjagaan alam sekitar.

Namun, kesedaran ini masih belum mencapai tahap diharapkan dan mengakibatkan terdapat banyak kesilapan dalam menguruskan hal-hal yang berkaitan. Contohnya masih terdapat segelintir pihak yang yang membuang sampah sarap atau sisa industri mereka di merata-rata tempat atau terus ke sungai.

Menurut YBhg Dato' Seri Ir. Dr. Zaini Ujang, Ketua Setiausaha KASA semasa menyampaikan ucapan di Majlis Amanat Ketua Setiausaha kepada warga agensi, perkara ini perlu digembleng oleh semua agensi-agensi di bawah KASA bagi memastikan setiap pihak memainkan peranan masing-masing untuk mengambil langkah proaktif demi menjaga kelestarian alam.

#AlamSekitarTanggungjawabBersama
#kementerianalamsekitardanair

Dikemaskini pada Ahad, 18 Oktober 2020 23:21