Ahad, 18 Oktober 2020 23:22

Lawatan YB Menteri Alam Sekitar dan Air ke Lokasi Tumpahan Minyak di Port Dickson

Kerajaan sedang dalam proses meminda hukuman denda yang lebih berat lagi bagi kes pencemaran alam sekitar di samping melaksanakan pelbagai langkah pencegahan.

Menteri Alam Sekitar dan Air, YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pindaan ke atas Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 itu dijangka dibentangkan dalam sidang Parlimen November ini.

"Pindaan itu juga akan meningkatkan hukuman penjara dan semua ini akan kita bentangkan dalam sidang Parlimen akan datang."

"Bagi saya ia bukan soal akta, tetapi sikap mereka ini saya anggap sebagai penjenayah kepada alam sekitar dan kita tidak boleh berkompromi dengan sikap melampau seperti ini."

"Akta sedia ada sudah mencukupi bagi menangani isu, namun yang paling utama adalah sikap sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya.

#AlamSekitarTanggungjawabBersama
#KementerianAlamSekitarDanAir
#HASN2020
#HariAlamSekitarNegara