Isnin, 21 Disember 2020 09:52

YBM, YBTM, KSU dan Pegawai Kanan KASA Menghadap KDYMM Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

17 Dis 2020 - KDYMM Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berkenan menerima menghadap, YB Menteri, Timbalan Menteri, Ketua Setiausaha dan pegawai kanan KASA, petang tadi. 

Delegasi dari KASA mempersembahkan kepada baginda keputusan kerajaan meluluskan Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air Negeri Pahang dan menyembah taklimat pelbagai isu berkenaan pencemaran sumber air, cadangan penyelesaian serta perancangan KASA untuk menambah baik pengurusan air negara secara holistik

Dikemaskini pada Isnin, 21 Disember 2020 09:57