Sabtu, 09 Januari 2021 18:00

MSU SG Damansara National River Trail Project

9 JANUARI 2021 – Kerjasama strategik di antara Management and Science University (MSU) dan Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) yang dimeterai melalui majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) pada 5 Ogos 2020 yang lalu diteruskan dengan program “MSU SG DAMANSARA NATIONAL RIVER TRAIL PROJECT”. Majlis turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air, YBhg. Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang dan Presiden MSU, YBhg. Profesor Tan Sri Dato’ Wira Dr Mohd Shukri Ab. Yajid serta barisan pengurusan kanan MSU, KASA dan JPS.

“MSU SG DAMANSARA NATIONAL RIVER TRAIL PROJECT” merupakan projek pilot melibatkan penyertaan setiap fakulti di MSU dalam menjalankan aktiviti-aktiviti apresiasi alam sekitar. Antara aktiviti yang bakal dijalankan ialah gotong-royong membersihkan dan menanam pokok-pokok di denai Sungai Damansara, sekitar kampus MSU serta pameran berkenaan projek-projek yang bakal dan telah dijalankan khususnya berkenaan penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar.  

Kemuncak “MSU SG DAMANSARA NATIONAL RIVER TRAIL PROJECT” ialah penanaman pokok jenis “Weeping Willow (Salix Babylonica) sebagai simbolik pelancaran oleh YBhg. Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang dan YBhg. Profesor Tan Sri Dato’ Wira Dr Mohd Shukri Ab. Yajid.

Dikemaskini pada Jumaat, 22 Januari 2021 16:11