Ahad, 10 Januari 2021 16:00

Aktiviti Gotong-Royong Di Sungai Air Hitam Dan Majlis Penyerahan Kertas Cadangan Pelan Induk

10 Januari 2021 - Program Denai Sungai Kebangsaan diadakan di Sungai Air Hitam, Kampung Dato' Abu Bakar Baginda, Kajang. Aktiviti gotong-royong membersihkan sungai diadakan melibatkan penduduk kampung, Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA), YBhg. Dato’ Seri Ir Dr Zaini Ujang,  dan kakitangan KASA. Program Denai Kebangsaan merupakan kerjasama KASA bersama kerajaan-kerajaan negeri  akan mengenal pasti kawasan-kawasan rizab sungai untuk dibangunkan sebagai kawasan rekreasi melalui pembinaan denai dan aktiviti pengindahan sungai.

Majlis penyerahan kertas cadangan pelan induk Sungai Air Hitam daripada Ketua Kampung Dato' Abu Bakar Baginda, Tuan Ruzi Mat Juri mewakili penduduk kampung kepada KSU KASA diadakan selepas aktiviti gotong-royong membersihkan Sungai Air Hitam. KASA menyasarkan untuk membina 10,000 kilometer denai di tepi sungai sebagai kawasan rekreasi dan taman awam menjelang 2030 sebagai langkah pencegahan pencemaran di kawasan sungai.

Dikemaskini pada Jumaat, 22 Januari 2021 16:07