Isnin, 25 Januari 2021 11:28

Projek Perintis Wakaf Air

Ketua Pegawai Eksekutif SPAN, pegawai kanan KASA serta warga Pengurusan Air Selangor telah meninjau dan membuat persediaan awal di Kg Sg Congkak, Hulu Langat dan Kg Sg Sendat, Ulu Yam untuk melaksanakan projek perintis Wakaf Air.

Tinjauan ke lokasi-lokasi yang berpotensi ini adalah untuk melaksanakan projek perintis menggunakan dana Projek Wakaf Air. Orang ramai digalakkan untuk teruskan menyumbang, untuk permulaan insya-Allah lima (5) projek akan dilaksanakan dalam masa terdekat dengan kos bernilai RM180,500. 

KASA melalui agensi-agensi di bawahnya komited dalam memastikan penambahbaikan terhadap kualiti perkhidmatan bekalan air dan pembetungan melalui projek-projek segera di kawasan yang memerlukan.

Sumbangan orang ramai terhadap dana Wakaf Air akan dimanfaatkan sewajarnya kepada golongan sasar. Wakaf Air, Pahala Mengalir Seperti Air. 

Salurkan sumbangan anda ke : https://www.ywm.gov.my/wakaf-air

Dikemaskini pada Jumaat, 05 Februari 2021 11:34