Sabtu, 20 Mac 2021 22:19

Lawatan Tapak ke atas Permohonan Bekalan Air Menggunakan Dana Khas Perkhidmatan Wakaf Air

20 Mac 2021 - KASA telah mengadakan lawatan tapak ke atas Permohonan Bekalan Air menggunakan Dana Khas Perkhidmatan Wakaf Air (WAKAF AIR) oleh ADUN Tahan YB Ustaz Mohd Zakhwan bin Ahmad Badarddin untuk 12 buah keluarga Penduduk Kampung Tanah Pindah, Ulu Tembeling, Jerantut, Pahang.

Bekalan air bukit di kampung ini telah terputus sejak 6 tahun lalu. Insya Allah KASA akan mencari jalan terbaik bagi menyambung semula bekalan air melalui pembinaan kolam takungan air untuk di pam ke 2 tangki simpanan berkapasiti 1000 gelen bagi kegunaan penduduk.

Lawatan ini diketuai oleh SUBK (KP) YBhg. Dato' Mohd Rodzwan bin Mohd Baba Sakri dan turut serta Pengurus SPAN Wilayah Timur.

Dikemaskini pada Ahad, 21 Mac 2021 08:09