Selasa, 23 Mac 2021 20:06

Lawatan Intervensi Projek Pembangunan Kerajaan Persekutuan di Negeri Kelantan bagi Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok (KESBAN) Fasa 1

Lawatan Intervensi Projek Pembangunan Kerajaan Persekutuan di Negeri Kelantan bagi Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok (KESBAN) Fasa 1 pada 23 Mac 2021 (Selasa) di Sungai Golok, Kelantan.

Lawatan diadakan bagi memantau kemajuan projek di tapak dan langkah-langkah yang telah diambil oleh agensi (JPS) bagi mengatasi masalah-masalah yang dihadapi seperti pengambilan tanah dan perubahan reka bentuk. Projek ini dijangka siap pada Ogos 2024. Lawatan telah diketuai oleh pihak ICU JPM, Bahagian Kewangan & Pembangunan KASA dan Wakil Pegawai Penguasa Projek, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Dikemaskini pada Jumaat, 26 Mac 2021 11:36