Isnin, 05 April 2021 09:20

Lawatan Tapak Projek Pemuliharaan Muara Sungai Besut, Daerah Besut

YBhg. Dato' Seri Ir. Dr. Zaini bin Ujang, Ketua Setiausaha KASA hari ini telah mengadakan lawatan tapak Projek Pemuliharaan Muara Sungai Besut, Daerah Besut. Bertujuan meninjau kemajuan semasa selepas kerja-kerja di tapak terhenti sejak 2019 dan penamatan kontraktor asal. Skop projek ialah kerja-kerja pembinaan Pemecah Ombak (Breakwater) sepanjang 1300 m di utara dan 1850m di selatan, pendalaman Muara Sungai, Pembinaan Kolam Kelodak dan Pendalaman Sungai di Jeti di Kampung Seberang Kastam dan Kampung Sungai Nail. Turut hadir ialah Ketua Pengarah NAHRIM YBhg. Dato' Ir. Dr. Md. Nasir bin Mat Noh, wakil-wakil agensi berkaitan dari Kerajaan Persekutuan. Taklimat projek telah disampaikan oleh Encik Mad Sor Othman Pengarah JPS Terengganu merangkap Pegawai Penguasa Projek. Projek ini bakal memanfaatkan nelayan di kawasan sekitar dan membolehkan bot besar memasuki muara sungai dan mengurangkan kemungkinan bencana banjir.