Displaying items by tag: aktiviti
Majlis Pelancaran Wakaf Air
17 Dis 2020 - Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) dengan Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah dimeterai antara YBhg. Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang, Ketua Setiausaha KASA dan YBrs. Prof. Madya Dr. Amir Shaharuddin, Ketua Pegawai Eksekutif YWM sambil disaksikan oleh YB. Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, Menteri Alam Sekitar dan Air; YB. Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) merangkap Pengerusi YWM dan YB. Senator Dato’ Dr. Ahmad Masrizal Muhammad, Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air.
Majlis Menandatangani Dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) Malaysian Green Technology And Climate Change Centre (MGTC) Dan RHB Islamic Bank Berhad Bagi Program Rumah Ibadat Hijau (Masjid Hijau) Serta Sokongan Inisiatif Pertumbuhan Hijau
Malaysian Green Technology and Climate Change Centre (MGTC) menandatangani Dokumen Persefahaman (MoU) dengan RHB Islamic Bank Berhad bagi Program Rumah Ibadat Hijau (Masjid Hijau) dan Sokongan Inisiatif Pertumbuhan Hijau.
31st Meeting of ASEAN Senior Officials on the Environment (ASOEN)
Malaysia mempengerusikan Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan ASEAN Mengenai Alam Sekitar (ASOEN) kali ke-31 pada 24 dan 25 November 2020 secara atas talian.
Majlis Perasmian Denai Sungai Pengkalan Datu, Kubang Kerian, Kelantan - Projek Rintis Denai Sungai Kebangsaan (DSK)
Majlis Perasmian Denai Sungai Pengkalan Datu, Kubang Kerian, Kelantan telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man, Menteri Alam Sekitar dan Air pada 24 Oktober 2020 (Sabtu) bertempat di Sungai Pengkalan Datu, Kubang Kerian, Kelantan. Majlis perasmian ini diadakan bersempena dengan sambutan Hari Alam Sekitar Negara dan Hari Sungai Sedunia Tahun 2020.
Majlis Perasmian Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2020 Peringkat Kebangsaan
Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kelantan telah menganjurkan Majlis Perasmian Hari Alam Sekitar Negara 2020 (HASN 2020) peringkat kebangsaan di Kota Bharu, Kelantan pada 23 Oktober 2020.
Lawatan YB Menteri Ke LRA Sg. Selangor Fasa 2
Tinjauan YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, Menteri Alam Sekitar dan Air bersama YB Senator Dato’ Dr. Ahmad Masrizal Muhammad, Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air ke Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang yang telah dihenti tugas sepenuhnya pada 19 Oktober 2020 jam 00.30 tengah malam dan diikuti LRA Sungai Selangor Fasa 1(SSP1), Fasa 2(SSP2) dan Fasa 3 (SSP3) dihentitugas pada 19 Oktober 2020 jam 2.00 pagi ekoran insiden pencemaran bau dikesan di Sungai Selangor.
Launching Ceremony IGEM 2020
The Minister of Environment and Water (KASA), Yang Berhormat Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, in his welcome remarks said “IGEM has played an important role by providing an annual platform for the Malaysian government to engage with industry partners, entrepreneurs and the rakyat to share its green agenda, green policy direction and initiatives aimed at accelerating green growth, expanding sustainable economic activity, as well as creating more employment opportunities.”
Kerja Pembersihan Kesan Tumpahan Minyak Di Port Dickson
Kerja-kerja pembersihan kesan-kesan pencemaran minyak di Pantai Cermin, Port Dickson yang telah bermula sejak 14 Oktober 2020 berjalan dengan lancar.
Kilang Kelapa Sawit Punca Sungai Sembrong Kiri Tercemar Diarah Henti Operasi Oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS)
JAS Cawangan Kluang telah menerima aduan pencemaran air Sungai Sembrong Kiri yang menyebabkan air bertukar warna menjadi kehitaman.
Pembersihan Pantai Cermin, Port Dickson
Kerja-kerja pembersihan pantai di Pantai Cermin, Port Dickson dan Tanjung Tuan, Melaka telah dilaksanakan oleh agensi kerajaan daripada dua negeri.