Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) hari ini, melalui agensi dibawahnya iaitu Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) dan Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd telah menjalinkan kerjasama bagi melaksanakan kajian potensi penggunaan semula biopepejal dan bioefleun pada skala lebih besar. Kajian yang akan dibiayai di bawah di bawah Akaun Amanah Membangun Dan Menaiktaraf Sistem Pembetungan Untuk Pembangunan Baharu sebanyak RM5,650,000.00 ini akan melaksanakan dua (2) kajian seperti berikut:

  1. Penyelidikan dan pembangunan berskala komersial untuk tujuan pembangunan semula biopepejal sebagai baja organik bagi tujuan tanaman landskap dan tanaman bukan makanan dengan tempoh kajian selama 29 bulan; dan
  2. Pembangunan “pilot plant” untuk penggunaan semula bioefluen sebagai sumber pengairan bagi sistem akuaponik dengan tempoh kajian selama 21 bulan.

Perjanjian penyaluran peruntukan dari JPP kepada IWK berkenaan telah ditandatangani oleh Timbalan Ketua Pengarah Sektor Konsultasi & Khidmat Teknikal JPP, Tuan Haji Alias bin Idris dan Ketua Pegawai Eksekutif IWK, En. Narendran Maniam sambil disaksikan oleh Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air, YB Dato’ Mansor bin Haji Othman, serta Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar, Yang Berusaha Dr. Ching Thoo A/L Kim.

Skip to content