Kunjungan Hormat oleh TYT Bapak Hermono, Duta Besar Republik Indonesia ke Malaysia dan TYT Bapak Harry Rusmana Irawan, Minister Counsellor Bahagian Ekonomi Kedutaan Besar Republik Indonesia ke atas YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man, Menteri Alam Sekitar dan Air.

Pertemuan ini merupakan susulan kepada perbincangan yang pernah diadakan bersama Timbalan Ketua Perwakilan, Bapak Krishna K.U. Hannan pada 18 Ogos 2020. Objektif pertemuan hari ini adalah untuk mengeratkan kerjasama antara kedua-dua negara dalam bidang alam sekitar dan air. Sebagai negara jiran, kita berkongsi alam sekitar yang sama, berkongsi laut yang sama, berkongsi udara yang sama. Apa yang terjadi di Malaysia, akan memberi kesan kepada Indonesia dan begitulah sebaliknya.

YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man, Menteri Alam Sekitar dan Air turut mencadangkan agar kerjasama ini diteruskan dengan memeterai satu Memorandum Persefahaman yang memberi tumpuan kepada kerjasama teknikal dalam bidang-bidang seperti perlindungan lapisan ozon, marine litter, pengurusan air dan pembetungan, perubahan iklim, teknologi hijau, R&D serta amalan teknologi terbaik berkaitan alam sekitar.

Skip to content