YB Dato’ Mansor bin Haji Othman, Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air telah mengadakan lawatan kerja ke Batu Pahat, Johor bagi meninjau isu-isu berkaitan banjir dan hakisan pantai yang berlaku di daerah ini.

Tindakan penyelesaian yang akan dilaksanakan adalah kerja-kerja penggalian sungai, menaiktaraf benteng sungai dan pembinaan struktur kawalan air dengan jumlah anggaran kos sebanyak RM190 juta di bawah RMK 12. Selain itu juga, permohonan bagi perlaksanaan Kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) Bandar Batu Pahat bagi menghasilkan langkah-langkah jangka panjang untuk mengurangkan risiko banjir dan mengurangkan impak pencemaran (non-point source) kepada sungai dan saliran dapat membantu perancangan pembangunan yang lebih sistematik yang akan memberi manfaat kepada lebih 35,000 orang penduduk sekitar 35km dari muara sungai batu pahat.Insya Allah dengan tindakan ini, masalah banjir kilat dan sistem saliran yang tidak sempurna di dalam kawasan Bandar Batu Pahat akan dapat dikurangkan.

Turut serta dalam lawatan kerja ini ialah YB Dato’ Mohd Rashid Hasnon, Timbalan Yang DiPertua Dewan Rakyat merangkap Ahli Parlimen Batu Pahat dan YBrs. Ir. Amiruddin Bin Alaldin, Pengarah JPS Negeri Johor.

Skip to content