YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, Menteri Alam Sekitar dan Air telah meninjau status kemajuan projek membaik pulih tebing sungai di Kampung Pohon Celagi Pasir Mas, Kelantan. Sebelum ini ketika kejadian tanah runtuh pada Februari tahun lalu, dilaporkan seramai 100 penduduk di Kampung Pohon Celagi terpaksa dipindahkan selepas kejadian tebing runtuh sepanjang 500 meter. Runtuhan yang berlaku itu turut menyebabkan beberapa rumah ranap dipercayai disebabkan terjahan air Sungai Kelantan ke benteng berkenaan.

Hasil tinjauan, YB Menteri telah mengarahkan pihak JPS mengambil tindakan sewajarnya bersama pihak kontraktor untuk melancarkan proses baikpulih untuk memastikan keselamatan penduduk setempat dijaga. Pihak KASA akan memantau projek ini dari semasa ke semasa bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Skip to content