YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, Menteri Alam Sekitar dan Air telah bergegas ke Pusat Kawalan SMART di Jalan Ampang malam tadi untuk mendapatkan penjelasan terperinci berhubung insiden banjir kilat yang berlaku di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang petang tadi.

Kejadian banjir berpunca daripada hujan lebat luar biasa dalam tempoh dua jam menyebabkan sistem perparitan sedia ada tidak dapat menampung kapasiti aliran air yang tinggi.Bagi mengurangkan risiko banjir kilat ini, JPSWPKL sedang melaksanakan kerja pembaikan dan menaiktaraf kolam takungan banjir di sekitar WP Kuala Lumpur termasuklah Projek Mitigasi Banjir Sungai Bunus serta Kolam Takungan Lencongan Batu.

Skip to content