YBhg. Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini bin Ujang, Ketua Setiausaha, Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) telah mengadakan lawatan kerja ke Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kuala Terengganu bagi membincangkan hal-hal berkaitan aset-aset yang terkesan akibat banjir tempoh hari serta anggaran kos pembaikan aset-aset tersebut.
Tinjauan ke LRA Pulau Bahagia bagi melihat operasi loji yang terganggu semasa bencana banjir pada 26 dan 27 Feb 2022 di mana kualiti sumber air (kekuruhan) NTU pada kadar 2000. Loji tersebut telah beroperasi semula secara berperingkat dengan kapasiti 20 MLD untuk bekalan kepada 6,952 akaun pengguna.