YBhg. Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang, Ketua Setiausaha KASA telah mengadakan lawatan kerja bagi meninjau status kemajuan Projek Penyaluran Air Mentah Layang 2, Johor.

Projek ini merupakan projek pemindahan air mentah dari Sungai Ulu Sedili Besar ke Empangan Layang dengan menggunakan Empangan Seluyut sebagai kolam takungan bagi mengatasi kekurangan sumber air yang kritikal di kawasan selatan negeri Johor.

Projek yang dilaksanakan oleh Bahagian Bekalan Air (BBA) KASA ini akan menyelesaikan masalah defisit sumber bekalan air mentah sebanyak 70 JLH yang akan memberi manfaat bagi menampung keperluan bekalan air di daerah Johor Bahru, Iskandar Puteri, Pasir Gudang dan Pengerang. Insya-Allah.

Skip to content