YBhg. Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini bin Ujang, Ketua Setiausaha, Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) telah mengadakan lawatan kerja ke Terengganu bagi melihat keadaan fasiliti-fasiliti bekalan air dan tebatan banjir yang mengalami kerosakan struktur akibat banjir besar yang melanda Hulu Terengganu pada 27 Februari 2022 baru baru ini.

Antara lokasi yang dilawat ialah LRA Hulu Terengganu, Stesen Hujan JPS Kg. Menerong Hulu Terengganu, Siren Amaran Banjir Kg. Pengkalan Ajal, Kolam Takungan Banjir Paya Besar dan lokasi hakisan tebing di Sg. Telemong, Kg. Imam Lapar.

Skip to content