YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, Menteri Alam Sekitar dan Air telah menyempurnakan Majlis Perasmian dan Penyerahan Projek Menambah Baik Fasiliti Tandas di Rumah Ibadat pada 6 Mac 2022 (Ahad) bertempat di Madrasah Haji Junoh, Kampong Paya Keranji, Kota Bharu, Kelantan.
Kementerian Alam Sekitar Dan Air (KASA) telah memulakan inisiatif untuk menaiktaraf dan pembaikan segera fasiliti tandas di 485 rumah ibadat pelbagai agama di Semanjung Malaysia bermula April 2021. Inisiatif yang bertujuan memastikan sistem pembetungan di rumah ibadat lebih mesra alam dengan memperkenalkan pengunaan produk cekap air serta pengurusan sistem kumbahan yang lebih teratur dan efisien ini melibatkan peruntukan sekitar RM10 juta dikawalselia oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) serta diuruskan oleh syarikat pembetungan nasional, Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK).
Pelaksanaan inisiatif ini diharapkan dapat menambahbaik fasiliti tandas awam di rumah ibadat bagi keselesaan orang ramai, serta menggalak amalan kebersihan, penjimatan air di samping melestarikan alam sekitar.