YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man, Menteri Alam Sekitar Dan Air telah meluangkan masa bersarapan sambil berkongsi beberapa nasihat di Program Roti Canai dan Teh Tarik bersama semua staf sokongan KASA. Insya-Allah, kerja yang berat jika dilakukan dalam persekitaran yang segar akan menjadi ringan dan mudah.
Sesiapa pun kita di KASA, semuanya memainkan peranan di penjuru masing-masing. Semua orang adalah penting. Mereka adalah penjawat awam yang bekerja keras demi masa depan agama, nusa dan bangsa.