Sekitar sesi dialog diantara Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan wakil-wakil penduduk di sekitar 14 kawasan penempatan di Nibong Tebal.

Sesi anjuran Ahli Parlimen Nibong Tebal, YB Dato’ Mansor bin Haji Othman yang juga merangkap Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air bertujuan mendengar penjelasan dan solusi jangka masa pendek dan panjang dari operator bekalan air bersabit isu tekanan air rendah dan gangguan bekalan yang membabitkan 6612 akaun pengguna di kawasan tersebut.

Pada akhir sesi, YB Dato’ Mansor mengumumkan penambahan 16 tangki statik sumbangan pusat khidmat yang bakal ditempatkan di lokasi-lokasi strategik selain dari 13 tangki statik tambahan sedia ada dari PBAPP.

PBAPP pula akan menambah 3 lagi tangki statik tambahan menjadikan keseluruhan tangki statik yang bakal tersedia kepada 32. Selain itu, PBAPP akan menggerakkan 3 lori tangki agihan bagi memastikan bekalan mencukupi bagi kira-kira 33,000 pengguna yang terjejas.

PBAPP akan turut memfokuskan kepada 5 pelan jangka panjang melibatkan naik taraf kemudahan infrastruktur dengan bantuan daripada kerajaan negeri.

Skip to content