YB Dato’ Mansor bin Haji Othman, Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air telah menerima kunjungan dan perbincangan bilateral daripada Delegasi Australia yang diketuai oleh Ambassador Jamie Isbister, Australia’s Ambassador for the Environment di Pavilion Malaysia pada 22 Mac 2022.

Ia bertujuan untuk membina laluan kerjasama dalam bidang pengurusan bekalan air dan pembetungan serta tebatan banjir seperti yang pernah dilaksanakan oleh sebuah syarikat dari Australia bagi pembinaan projek terowong SMART.

Kerajaan Malaysia, yang diwakili oleh KASA turut menyatakan hasrat untuk membina jaringan kerjasama yang lebih erat dalam menangani isu-isu perubahan iklim dan kelestarian alam sekitar secara menyeluruh.

Skip to content