YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man, Menteri Alam Sekitar Dan Air meninjau tapak Cadangan Projek Menaiktaraf Sistem Saliran Di Kampung Kubang Parit, Kuala Terengganu yang diiringi Timbalan Pengarah (Pembangunan) Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Terengganu, Encik Osman Abdullah.

Kementerian Alam Sekitar dan Air akan menyediakan pelan jangka pendek dan panjang untuk mengatasi isu banjir negara yang membabitkan kos RM300 bilion menjelang 2100 seperti yang telah diarahkan oleh YAB Perdana Menteri.

Fokus akan diberikan kepada beberapa perkara seperti amaran awal banjir, ban, sistem perparitan di kawasan yang sering dinaiki banjir dan menaik taraf kemudahan lain termasuk pam di kawasan dikenal pasti JPS.

Skip to content