YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, Menteri Alam Sekitar dan Air telah meninjau dan memantau kemajuan pelaksanaan salah satu projek di bawah Program Non-Revenue Water (NRW) Nasional Pendekatan 1 Negeri Kelantan yang melibatkan 53 penggantian/pembaikan tangki di sekitar Jajahan Kota Bahru, Tumpat, Machang, Jeli, Kuala Krai, Tanah Merah dan Gua Musang.

Pada masa ini, kerja-kerja pembinaan sedang giat dilaksanakan dan kemajuan fizikal semasa projek adalah 37%. Tangki-tangki ini dijangka boleh mula beroperasi secara berperingkat pada pertengahan tahun 2022 dan siap sepenuhnya pada tahun Januari 2023 yang akan memberi manfaat kepada 175,000 pengguna.

Skip to content