KASA_Logo_Ori

KENYATAAN MEDIA

Menteri Alam Sekitar dan Air

HARI TINDAKAN SUNGAI SEDUNIA (HTSS) 2021

  1. Hari Tindakan Sungai Sedunia (HTSS) adalah hari yang didedikasikan untuk melestarikan sungai sebagai sumber penting dalam setiap kehidupan. Tujuannya adalah untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat supaya bertindak secara bersama memelihara sungai secara bersama dan mendapat akses kepada air bersih.
  2. Secara khusus, tidak ada sebarang acara khas untuk sambutan HTSS peringkat kebangsaan. Namun demikian banyak aktiviti mingguan yang diadakan secara berterusan seperti pembinaan Denai Sungai di lebih 50 sungai di serata negara selari dengan Dasar Denai Sungai Kebangsaan.
  3. Bagi menyokong HTSS 2021, KASA akan menyertai aktiviti gotong-royong anjuran penduduk Kampung Dato’ Abu Bakar Baginda, Kajang untuk membina dan membaiki Denai Sungai Air Hitam.
  4. Bersempena dengan Hari Air Sedunia (HAS) yang akan kita raikan di peringkat kebangsaan pada 27 Mac 2021 nanti, KASA akan melaksanakan Program Gotongroyong Perdana di seluruh negara pada 27 Mac 2021 (Sabtu) di Dataran Sungai Langat (berhampiran Univerisiti Kebangsaan Malaysia) Bangi, Selangor. Program ini dijangka akan dirasmikan oleh YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, Perdana Menteri. Program ini diadakan adalah bertujuan untuk memupuk semangat tanggungjawab bersama (shared responsibility) di antara Kerajaan dan rakyat dalam memastikan persekitaran yang lestari khususnya di kawasan badan air.

- TAMAT -

YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man

Menteri Alam Sekitar dan Air
14 March 2021
Skip to content