Status terkini pemulihan bekalan air
β’ Saya baharu dimaklumkan oleh Air Selangor bahawa status pemulihan telah mencapai 75.31% yang melibatkan 93.27% pemilik akaun. Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua barisan hadapan yang terdiri daripada penguatkuasa JAS dan SPAN, kakitangan teknikal LUAS dan Air Selangor serta semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam memastikan bekalan air dapat dipulihkan lebih cepat daripada jangkaan awal.
β’ Selain daripada itu, terima kasih kepada kerjasama yang telah diberikan oleh operator-operator air dari negeri-negeri lain iaitu dari Melaka, Pahang, Johor, Kedah, Perak, Negeri Sembilan dan Terengganu yang telah membekalkan sejumlah 19 lori tangki untuk tujuan agihan air kepada pengguna di negeri Selangor.
Punca sesetengah kawasan masih belum menerima bekalan air.
β’ Tempoh yang berbeza bagi penerimaan bekalan adalah didorong oleh pelbagai faktor antaranya melibatkan jarak kawasan penempatan daripada loji dan juga aras kediaman yang merujuk kepada kediaman di kawasan yang tinggi/berbukit kerana agihan turut melibatkan faktor tekanan air/graviti.
β’ Secara amnya, selepas loji mula beroperasi, air akan mula dirawat dan memenuhkan kolam agihan dan proses ini memerlukan satu tempoh masa sebelum ianya boleh diagihkan kepada pengguna.
UNTUK SIARAN SEGERA
β’ Terdapat 5 proses sebelum bekalan air dapat diterima oleh pengguna iaitu; Kolam Imbangan β Paip Utama β Kolam Utama β Kolam Perkhidmatan β Paip Agihan:
i. Daripada Kolam Imbangan (Loji Rawatan Air), air mentah yang telah dirawat akan dikumpulkan
dan kemudiannya disalurkan ke Paip Utama.
ii. Daripada Paip Utama pula, bekalan akan disalurkan ke Kolam Utama untuk pengumpulan
sebelum agihan
iii. Kolam Utama pula akan menyalurkan air ke Kolam Perkhidmatan;
iv. Air daripada Kolam Perkhidmatan akan menyalurkan sumber tersebut melalui Paip Agihan
kepada pengguna.
v. Untuk makluman, Loji SSP1,2,&3 juga telah beroperasi lebih daripada kapasiti binaan iaitu sebagai
contoh 2,900 juta liter air sehari berbanding 2,700 juta liter sehari bagi memastikan bekalan dapat
diagihkan secepat mungkin.
β’ Justeru, saya menyeru agar para pengguna tidak menyimpan dan tidak menggunakan air secara berlebihan dan lebih berhemah bagi memastikan proses pemulihan bagi kawasan-kawasan yang masih terjejas berjalan lancar mengikut pelan pemulihan Air Selangor. Selepas bekalan kembali pulih sepenuhnya, kita perlu terapkan dalam amalan seharian kita supaya sentiasa mengurangkan amalan pembaziran.
TINDAKAN DAN HALA TUJU KASA
LANGKAH JANGKA PENDEK
β’ Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) kini sedang dalam proses akhir penyediaan kertas siasatan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127) dan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655). Kertas siasatan JAS dan SPAN dijangka siap selewat-lewatnya Jumaat ini.
β’ Selain itu, saya akan memastikan JAS menjalankan pemantauan ke atas kualiti air mentah secara berkala serta mempertingkatkan kekerapan operasi melalui penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
β’ Penguatkuasaan ini akan dilakukan secara mengejut ke lokasi di huluan muka sauk. Untuk makluman, saya sebenarnya selalu turun ke sungai dan selepas ini kita akan lebih giatkan aktiviti pemantauan ini.
UNTUK SIARAN SEGERA
LANGKAH JANGKA SEDERHANA
Kerjasama dengan ATM dan PDRM
β’ Saya telah berbincang dengan Menteri Kanan Pertahanan dan akan berbincang dengan Menteri Dalam Negeri bagi menyelaras tindakan bersama antara agensi penguatkuasa KASA dengan ATM dan PDRM.
β’ Kerjasama ini akan menjurus kepada pembentukan Unit Jenayah Alam Sekitar di PDRM.
β’ Secara dasarnya, Menteri Kanan Pertahanan telah bersetuju untuk KASA diletakkan di bawah sektor keselamatan, memandangkan isu berkaitan air dan alam sekitar ini dilihat berpontensi menjejaskan keselamatan negara terutamanya ekonomi dan kesejahteraan rakyat sekiranya sebarang bencana berlaku.
Pindaan Akta
β’ Seterusnya, KASA akan mempercepatkan pindaan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 dan KASA bercadang untuk dibawa dalam sidang Parlimen akan datang.
Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS)
β’ Kerajaan turut melihat kepada pelaksanaan Projek Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) secara lebih meluas di mana ia akan digunakan sebagai alternatif sumber air mentah sekiranya berlaku insiden-insiden gangguan terhadap sumber air mentah dari saluran utama (sungai).
β’ TAPS merupakan satu kaedah penyimpanan air mentah dengan cara mewujudkan kolam-kolam di kawasan hilir dan pinggir sungai serta yang berhampiran dengan loji. TAPS akan turut membantu mengawal situasi banjir dan ia tidak menelan belanja besar untuk dilaksanakan serta mampu menjana
ekonomi setempat.
Denai Sungai Kebangsaan
β’ Selain itu, penglibatan masyarakat melalui Rakan Alam Sekitar dan Projek 10,000 km Denai Sungai Kebangsaan (DSK) juga merupakan salah satu antara inisiatif KASA untuk melestarikan sungai.
β’ Dengan adanya denai atau laluan di sepanjang sungai ini, individu, masyarakat termasuk NGO boleh memantau dan melaporkan sendiri kepada pihak berkuasa secara terus sebarang aktiviti-aktiviti pencemaran yang berlaku di sumber-sumber utama air.
UNTUK SIARAN SEGERA
Pemasangan Stesen Pemantauan di Sungai-sungai Utama
β’ KASA juga merangka untuk menempatkan sebanyak 5 buah stesen pemantauan di 20 batang sungai utama bagi memantau kualiti air secara real time. Stesenstesen ini akan dapat memberi amaran awal dan mempercepatkan lagi tindakan penguatkuasaan oleh JAS dan SPAN sekiranya berlaku sebarang pencemaran di sungai-sungai tersebut.
β’ KASA juga akan mengemukakan kepada Jemaah Menteri kertas cadanganinisiatif untuk memastikan sumber air mentah tidak dicemari dan menyebabkan gangguan bekalan air.