- KERAJAAN PERSEKUTUAN MELULUSKAN PERMOHONAN PERUNTUKAN KHAS BAGI MEMBAIK Hari ini saya meninjau lokasi kejadian runtuhan tanah yang melibatkan rumah penduduk di tebing Sungai Kelantan di Kampung Pohon Celagi, Pasir Mas, Kelantan yang telah berlaku pada pada 17 Februari 2021. Kawasan yang dikenalpasti terancam adalah sepanjang 500 meter berbanding 200 meter pada peringkat awal. Pasukan Forensik JPS menjangka pergerakan tanah masih akan terus berlaku dan mengesyorkan supaya kerja pembaikan wajar dilaksanakan segera bagi mengelakkan kawasan runtuhan daripada terus merebak.
- Memandangkan Monsun Timur Laut (MTL) biasanya bermula pada bulan November setiap tahun, MTL dijangka akan membawa hujan lebat dan menyebabkan paras air Sungai Kelantan menjadi tinggi dan alirannya deras. Faktor-faktor ini berupaya memudaratkan lagi keadaan tebing maka kerja pembaikan perlu segera dilaksanakan sebelum MTL tahun 2021 melanda.
- Oleh itu, Kerajaan Persekutuan telah bersetuju untuk meluluskan peruntukan khas sebanyak RM60 juta bagi melaksanakan kerja-kerja yang pengambilan balik tanah, pembinaan struktur penahan tebing, pembaikan cerun, pengorekan sungai, pembinaan rumah pam dan struktur river-training.