- Majlis Anugerah Bandar Rendah Karbon 2020 yang dianjurkan oleh Malaysian Green Technology and Climate Change Centre (MGTC) ini adalah untuk mengiktiraf Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang aktif melaksanakan program bandar rendah karbon di bawah Rangka Kerja Bandar Rendah Karbon atau Low Carbon Cities Framework (LCCF).
- LCCF adalah rangka kerja pembangunan rendah karbon peringkat perbandaran yang dibangunkan pada tahun 2011 untuk panduan PBT, universiti dan pihak-pihak berkepentingan. Daripada 154 buah PBT di Malaysia, sebanyak 64 PBT telah diberi pendedahan mengenai bandar rendah karbon melalui sesi latihan dan pembangunan kapasiti pegawai. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 30 buah PBT yang aktif dalam melaksanakan pelbagai inisiatif rendah karbon yang menyumbang kepada pengurangan gas rumah kaca.
- Jumlah keseluruhan pengurangan karbon yang telah direkod dari tahun 2011 sehingga tahun 2020 daripada program Bandar Rendah Karbon ini ialah sebanyak 148,572.20 tan karbon setara (CO2e). Jumlah penyerapan karbon (carbon sequestration) yang dicapai melalui inisiatif ini pula adalah sebanyak 43,682.75 tan karbon dioksida (CO2). Usaha-usaha ini bersamaan dengan 4.8 juta batang pokok.
- Menerusi majlis ini, dua kategori penganugerahan telah disampaikan kepada PBTPBT iaitu Pengiktirafan “Diamond” yang disampaikan kepada 14 Zon Rendah Karbon dan 20 Rakan Kongsi Rendah Karbon bagi mengiktiraf PBT dan organisasi yang berjaya mengurangkan kadar pelepasan karbon. “Provisional Certificate” pula diberikan kepada 1 Zon Rendah Karbon dan 21 Rakan Kongsi Rendah Karbon bagi mengiktiraf PBT dan organisasi yang telah membangunkan penanda aras dan merangka pelan tindakan rendah karbon.
- Saya juga turut mengumumkan Geran Pemangkin Bandar Rendah Karbon atau GeRAK sebanyak RM35 juta untuk memberi galakan kepada PBT bagi melaksanakan inisiatif bandar rendah karbon yang berimpak tinggi. Geran ini diharap dapat menjana peluang ekonomi setempat, mengurangkan impak kepada alam sekitar dan meningkatkan kualiti hidup rakyat. Keutamaan akan diberikan kepada PBT yang telah melaksanakan LCCF serta menyertai program Cabaran Bandar Rendah Karbon 2030 di peringkat kategori Zon Rendah Karbon. PBT lain yang turut menunjukkan komitmen melalui penyediaan polisi, kolaborasi serta pelaksanaan inisiatif rendah karbon juga akan turut dipertimbangkan.
- Semoga prestasi cemerlang yang ditunjukkan oleh organisasi– inisiatif organisasi yang menerima pengiktirafan hari ini menjadi contoh kepada ban dar, organisasi dan universiti lain di Malaysia. Saya menggesa agar lebih banyak PBT untuk turut serta dalam usaha negara bagi mewujudkan lebih banyak bandar rendah karbon. Dengan pelancaran Geran Pemangkin Bandar Rendah Karbon ini, adalah diharapkan agar ianya menjadi dorongan kepada PBTPBT untuk memacu usaha-usaha mereka untuk mencapai sasaran menjadi Bandar Rendah Karbon.