KASA_Logo_Ori

KENYATAAN MEDIA

Menteri Alam Sekitar dan Air

MAJLIS CABUTAN KERJA UNDI DI BAWAH PERUNTUKAN KEMENTERIAN ALAM SEKITAR DAN AIR PERINGKAT NEGERI KELANTAN TAHUN 2021

  1. Hari ini saya telah merasmikan Majlis Cabutan Kerja Undi di bawah Peruntukan KASA bagi kerja-kerja pemulihan sungai untuk mengurangkan risiko bencana banjir di Negeri Kelantan. Pelaksanaan perolehan kerja-kerja kecil dan quick-win secara undian pada hari ini adalah bagi mempercepatkan pelaksanaan kerja di samping membantu kontraktor bumiputera kelas G1 dalam menjana semula ekonomi akibat daripada pandemik COVID19.
  2. Kerajaan Persekutuan telah memperuntukan sebanyak RM89.2 juta di bawah Peruntukan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) bagi program pemuliharaan sungai untuk mengurangkan risiko banjir di seluruh Negara. Daripada peruntukan tersebut, RM8.225 juta disediakan untuk Projek Pemuliharaan Sungai bagi Mengatasi Risiko Banjir Tahun 2021 untuk Negeri Kelantan di mana perolehan kerja akan dilaksanakan secara undian (kerja-kerja kecil dan quick-win). Tawaran kerja undi pada tahun ini juga akan dilaksanakan dengan lebih banyak berbanding tahun lalu iaitu sebanyak 247 kerja di semua 10 buah Jajahan di negeri Kelantan.
  3. Hasrat utama Kerajaan pada hari ini adalah untuk melihat sektor ekonomi domestik terus digerakkan. Saya percaya melalui kaedah pemilihan secara undian akan dapat memastikan bahawa proses pelantikan kontraktor dapat disempurnakan secara terbuka dan telus. KASA akan bertindak tegas dalam perkara ini bagi meminimumkan bilangan projek sakit, termasuk menamatkan kontrak atau membuat penyenaraian hitam terhadap kontraktor yang gagal memenuhi syarat yang telah dipersetujui.

- TAMAT -

YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim Bin Tuan Man

Menteri Alam Sekitar dan Air
4 April 2021
  1. KASA sangat memahami dan prihatin bahawa Kelantan antara negeri yang teruk dilanda banjir pada hujung tahun 2020 dan awal tahun 2021, terutamanya di bahagian Hulu seperti Gua Musang, Kuala Krai dan Machang, di samping jajahan lain seperti Pasir Mas, Tanah Merah, Tumpat dan Kota Bharu akibat dari limpahan air Sungai Kelantan. Berlaku banyak kerosakan infrastruktur sungai seperti runtuhan tebing, kerosakan pintu air, ban sungai dan infrastruktur yang lain. Projek-projek pembangunan JPS Di Negeri Kelantan
  2. Untuk makluman, 2 projek utama Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) di Negeri Kelantan telah mendapat peruntukan yang melebihi RM 1.280 billion iaitu melibatkan projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Kelantan Fasa 1 berjumlah RM 624 juta dan PLSB Sungai Golok Fasa 1 berjumlah RM 656 Juta.
  3. Selain itu, terdapat projek-projek sambungan dalam RP1 RMKe-12 berbentuk kajian dengan jumlah kos projek berjumlah RM 8.6 juta yang telah diluluskan dan sedang dalam peringkat pra-pelaksanaan iaitu seperti berikut:
    1. Pembangunan Pelan Induk Rancangan Tebatan Banjir Lembangan Sungai Melor, Kelantan, dan;
    2. Pembangunan Pelan Induk Rancangan Tebatan Banjir Lembangan Sungai Buaya Ikat, Kelantan.
  4. Di samping itu terdapat juga projek-projek baharu dalam RP1 RMKe-12 berbentuk pembangunan fizikal dan kajian yang lain dengan jumlah kos projek berjumlah RM 27.5 juta yang diluluskan iaitu seperti berikut:
    1. Projek Pemuliharaan Pantai Airport City,
    2. Kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam bagi 7 Bandar di Negeri Kelantan.
Skip to content