KASA_Logo_Ori

KENYATAAN MEDIA

Kementerian Alam Sekitar dan Air

Majlis Pelancaran Buku Antologi 100 Puisi Alam Sekitar oleh YB Menteri Alam Sekitar dan Air

  1. YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man, Menteri Alam Sekitar dan Air telah merasmikan majlis “Pelancaran Buku Antologi 100 Puisi Alam Sekitar” pada hari ini di Rumah Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur. Turut hadir bersama YBhg. Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang, Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA), YBrs. Dr. Mohamad Saleeh Rahamad, Presiden Persatuan Penulis Malaysia (PENA), YBrs. Tuan Hj. Mesran bin Mohd Yusop Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dan YBhg. Datuk Dr. Zurinah Hassan, Sasterawan Negara.
  2. Buku “Antologi 100 Puisi Alam Sekitar” merupakan sebuah karya warga KASA yang memuatkan 100 koleksi puisi bertemakan alam sekitar. Genre puisi yang dipilih adalah salah satu strategi menyeluruh KASA untuk mengajak masyarakat menghargai dan melestarikan alam sekitar, selaras dengan Pelan Kelestarian Alam Sekitar Malaysia 2030 yang meliputi perundangan, pendidikan dan penyertaan masyarakat.
  3. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan penghayatan budaya hidup lestari dari segi amalan hijau terhadap seluruh aspek alam sekitar: perubahan iklim, kawalan pencemaran, pengurusan sumber asli, sumber dan perkhidmatan air secara lebih berkesan.

- TAMAT -

Kementerian Alam Sekitar dan Air
9 April 2021
Skip to content