KASA_Logo_Ori

KENYATAAN MEDIA

Menteri Alam Sekitar dan Air

MAJLIS PELANCARAN BUKU GARIS PANDUAN PROGRAM VAKSINASI LESTARI (GREEN VACCINATION PROGRAM)

  1. Saya telah merasmikan Buku Garis Panduan Program Vaksinasi Lestari (Green Vaccination Program) pada hari ini bersama YB Tuan Khairy Jamaluddin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dan YB Dato’ Sri Dr. Adham bin Baba, Menteri Kesihatan.
  2. Sejak penularan pandemik COVID-19 di Malaysia pada Disember 2019 lalu, terdapat peningkatan dalam penjanaan sisa klinikal iaitu secara purata sebanyak 166.57 metrik tan sebulan. Jumlah kuantiti sisa klinikal tertinggi yang direkodkan adalah sebanyak 4,082 metrik tan pada Januari 2021 berbanding 2,478 metrik tan pada Januari 2020.
  3. Pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang telah bermula 24 Februari 2021 lalu akan menambahkan lagi jumlah kuantiti sisa klinikal di seluruh negara. KASA menganggarkan pertambahan sebanyak 2,079 metrik tan sisa klinikal akan dihasilkan dalam tempoh 12 bulan pelaksanaan program imunisasi.
  4. Garis panduan ini adalah dokumen khas yang merangkumi tatacara pengurusan bahan buangan klinikal, pembudayaan amalan hijau dan inisiatif pengimbangan pelepasan Gas Rumah Kaca di semua pusat pemberian vaksin dan fasiliti kesihatan yang menjalankan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
  5. Saya berharap garis panduan ini dapat memberi panduan kepada semua pemegang taruh untuk memastikan kelestarian alam sekitar terus terjamin di samping usaha memerangi penularan pandemik COVID-19 terus dijalankan.

- TAMAT -

YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim Bin Tuan Man

Menteri Alam Sekitar dan Air
5 April 2021
  1. Garis Panduan ini akan memaklumkan tatacara pengurusan bahan buangan klinikal yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127) secara lestari; pembudayaan amalan hijau dan inisiatif yang bakal dilaksanakan bagi mengurangan dan mengimbangan pelepasan gas rumah kaca.
  2. Berdasarkan peruntukan di bawah Jadual Pertama , Peraturan 2, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 di bawah Akta 127, bahan buangan klinikal yang dihasilkan daripada aktiviti perubatan dan kesihatan dikategorikan sebagai bahan buangan terjadual. Ia terdiri daripada bahan buangan patogenik, bahan buangan klinikal atau bahan yang dikuarantinkan yang mempunyai ciri bahan buangan berjangkit. Bahan-bahan ini perlu diurus dan dilupuskan di premis yang dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar di bawah Seksyen 18, Akta 127.
  3. Untuk tujuan pembudayaan amalan hijau, penggunaan plastik sekali guna (selain bagi tujuan perubatan) di PPV adalah tidak digalakkan. PPV juga dicadangkan untuk dilengkapi dengan kemudahan tong kitar semula mengikut jenis sisa pepejal bagi memudahkan proses pengasingan sisa. Selain itu, PPV perlu mengamalkan pendekatan cekap tenaga dan cekap air bagi mengurangkan pembaziran penggunaan tenaga elektrik dan air. Urusan perolehan di bawah Program Imunisasi COVID digalakkan untuk menggunakan Perolehan Hijau Kerajaan 3.0.
Skip to content