- Jabatan Alam Sekitar (JAS), menegaskan bahawa tiada hak eksklusif yang dilesenkan kepada mana-mana “Premis Yang Ditetapkan Buangan Terjadual” (PYDT BT) bagi mengendalikan buangan terjadual di Malaysia.
- Setakat ini, JAS telah melesenkan Kemudahan Pemerolehan Kembali, Pengolahan dan Pelupusan Terjadual di seluruh negara yang melibatkan 406 kemudahan (PYDT BT) dan 343 pengangkut bagi memastikan pengurusan buangan terjadual adalah berkesan dan memenuhi kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974.
- Bagi kawalan terhadap buangan terjadual di Malaysia, semua industri dan punca yang menghasilkan buangan terjadual hendaklah menguruskan buangan berkenaan dengan sempurna iaitu dari segi notifikasi, maklumat ciri buangan, penstoran, pelabelan, inventori dan maklumat pergerakan buangan terjadual. Semua ini perlu direkodkan melalui sistem atas talian iaitu eSWIS (Electronic
Scheduled Waste Information System) selaras dengan kehendak PeraturanPeraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005. - JAS tidak terlibat dalam sebarang penetapan kos dan sebarang kos yang dikenakan ke atas pengeluar buangan adalah ditetapkan oleh PYDT BT yang telah dilesenkan.
- Hak eksklusif yang pernah diberikan oleh Kerajaan adalah bagi operasi “Centralized Integrated Scheduled Waste Management Center” iaitu Kualiti Alam Sdn Bhd selama 15 tahun iaitu bermula pada 1 Mac 2000 dan telah tamat pada 28 Februari 2015.
UNTUK SIARAN SEGERA
- Dalam hal ini, Kerajaan bercadang untuk membina lima kemudahan pengurusan sisa bersepadu iaitu di Johor, Perak, Terengganu, Sabah dan Pulau Pinang bagi memastikan sisa buangan terjadual dapat diurus dengan lebih baik serta sempurna.