- KASA berterima kasih kepada pihak media atas pelaporan berhubung maklumbalas Menteri KASA ke atas kenyataan mengapa Malaysia tidak termasuk di dalam 40 negara yang dijemput oleh Amerika Syarikat ke Sidang Kemuncak Pemimpin berkenaan Perubahan Iklim (Leaders Summit on Climate Change) yang dijadual berlangsung pada 22 hingga 23 April 2021.
- Umum mengetahui bahawa semua negara di dunia adalah terkesan dengan perubahan iklim, termasuk Malaysia.
- Melalui kenyatan yang telah dikeluarkan oleh YB Menteri Alam Sekitar dan Air pada 6 April 2021, pihak KASA ingin menjelaskan bahawa kriteria 40 negara yang dijemput adalah:
- Negara-negara maju yang menyumbang secara kolektif kepada pelepasan 80% gas rumah kaca kepada dunia. Komitmen negara-negara maju berkenaan penting supaya kenaikan suhu dunia dapat dikawal;
- Negara-negara yang mengalami impak yang SERIUS dan KETARA kesan perubahan iklim (climate vulnerable countries); dan
- Persidangan one-off ini bukan sebahagian daripada proses rasmi rundingan perubahan iklim di bawah Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC).
- Maklumat-maklumat ini adalah hasil pertemuan antara Kedutaan Besar Malaysia di Washington dengan wakil Kerajaan Amerika Syarikat.