KASA_Logo_Ori

Kenyataan Media

Kementerian Alam Sekitar dan Air

SESI MEJA BULAT HALA TUJU RENDAH EMISI MALAYSIA (ROUNDTABLE DISCUSSION ON LOW EMISSIONS PATHWAY FOR MALAYSIA)

  1. KASA dengan kerjasama Malaysian Green Technology and Climate Change Centre (MGTC), Climate Governance Malaysia (CGM) dan World Wide Fund for Nature Malaysia (WWF-Malaysia) telah menganjurkan Sesi Meja Bulat Hala Tuju Rendah Emisi Malaysia (Roundtable Discussion on Low Emissions Pathway) pada 12 April 2021 di Dewan Damar Sari, Parcel F8, Putrajaya dan juga melalui platform dalam talian.
  2. Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) merupakan sumber rujukan kebangsaan (national focal point) bagi perkara berkaitan perubahan iklim serta bertanggungjawab bagi menyelaras pelaksanaan inisiatif-inisiatif perubahan iklim di peringkat nasional selaras dengan komitmen negara di bawah Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC) dan Perjanjian Paris.
  3. Antara tindakan yang sedang dilaksanakan oleh KASA adalah membangunkan pelan perancangan jangka masa panjang yang dikenali sebagai Long-Term Low Emissions Development Strategies (LT-LEDS) untuk dikemukakan kepada UNFCCC.
  4. Pendekatan low emissions pathway merupakan antara strategi negara bagi mencapai sasaran pengurangan pelepasan gas rumah kaca (greenhouse gas – GHG) dalam jangka masa panjang. Perancangan strategi dan pelan tindakan dalam mencapai low emissions pathway memerlukan komitmen, penglibatan dan kerjasama daripada kementerian dan agensi Kerajaan yang bertanggungjawab terhadap sektor utama pelepasan GHG negara.
  5. Manakala, sektor swasta dan pertubuhan bukan Kerajaan juga perlu memainkan peranan dalam menyokong pelaksanaan low emissions pathway agar mencapai sasaran yang ditetapkan selaras dengan whole of nation approach dalam menangani isu perubahan iklim.
  6. Oleh itu, sesi meja bulat ini diadakan bertujuan untuk berkongsi inisiatif serta mendapatkan input daripada pelbagai pemegang taruh yang akan diambilkira dalam perancangan dasar dan pelaksanaan program-program pada masa akan khususnya berhubung perancangan LT-LEDS.
  7. Seramai 250 peserta yang terdiri daripada kementerian/ agensi Kerajaan, sektor swasta, pertubuhan bukan Kerajaan dan badan akademik telah menyertai sesi meja bulat ini secara fizikal dan atas talian.
  8. YBhg. Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini bin Ujang, Ketua Setiausaha, KASA telah merasmikan dan menyampaikan ucaptama semasa sesi ini. Beliau telah memaklumkan komitmen tinggi Kementerian dalam memacu agenda perubahan iklim dan pembangunan hijau melalui pendekatan planetary health.
  9. Antara inisiatif utama yang akan dilaksanakan oleh KASA ialah mengemaskini sasaran komitmen pengurangan gas rumah kaca (GHG) negara di bawah (UNFCCC), penggubalan kerangka undang-undang dan mekanisme pasaran karbon, semakan semula Dasar Perubahan Iklim dan pengukuhan institusi menerusi penubuhan Pusat Inventori GHG Negara.
  10. KASA berharap dengan penganjuran sesi meja bulat ini, ia akan mendorong lebih banyak perbincangan berkaitan low emissions pathway dan menggalakkan penglibatan semua pihak dalam memastikan sasaran pengurangan pelepasan GHG negara dapat dicapai.

- TAMAT -

Kementerian Alam Sekitar dan Air
12 April 2021
Skip to content