KASA_Logo_Ori

KENYATAAN MEDIA

Menteri Alam Sekitar dan Air

STATUS GANGGUAN BEKALAN AIR DI SELANGOR

SITUASI TERKINI

  1. Saya ingin memaklumkan bahawa bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas telah mencapai status pemulihan sehingga 51.6%. Air Selangor menjangkakan bekalan akan pulih sepenuhnya secara berperingkat.
  2. Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah mengarahkan Air Selangor untuk memaklumkan kepada pengguna tentang jadual pemulihan bekalan air mengikut kawasan dalam masa terdekat setelah sistem agihan bekalan air distabilkan. Hal ini termasuk memenuhkan semua tangki-tangki utama yang telah kosong, memastikan tekanan air mencukupi dan memastikan tiada ‘airlock’ dalam sistem perpaipan.

TINDAKAN KASA

  1. Saya telah mengarahkan SPAN supaya menghubungi semua operator air seperti Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS), Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB), Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (SADA) dan Syarikat Ranhill SAJ Sdn. Bhd. (SAJ) untuk turut membantu mengagihkan air kepada para pengguna yang terjejas.
  2. Sehingga kini pihak Air Selangor telah menggerakkan sebanyak 114 lori tangki termasuk 9 dari operator negeri lain, menyediakan 22 pili awam di kawasan yang mempunyai bekalan air, menempatkan 70 tangki statik di 19 Pusat Khidmat Setempat serta mengagihkan air minum 5 liter kepada para pengguna yang terjejas.

UNTUK SIARAN SEGERA PROSES PENDAKWAAN

  1. Tindakan penguatkuasaan bersama pelbagai agensi seperti SPAN, JAS, LUAS dan Pihak Berkuasa Tempatan sedang berjalan melibatkan Kerajaan Persekutuan dan Negeri.
  2. Saya ingin tegaskan bahawa pihak Kementerian tidak akan berkompromi menguatkuasaan peruntukan perundangan.
  3. Proses pendakwaan akan dilaksanakan minggu depan ke atas pesalah akan diambil di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 [Akta 127] dan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 [Akta 655].

HALATUJU

  1. Sepertimana yang saya pernah maklumkan sebelum ini, pindaan ke atas peruntukan undang-undang sedia ada akan disegerakan supaya hukuman yang lebih berat dikenakan terhadap pesalah supaya memberikan pengajaran dan balasan setimpal dengan apa yang dilakukan.
  2. Pindaan yang dibuat akan membabitkan Seksyen 121, Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974.

YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man

- TAMAT -

YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man

Menteri Alam Sekitar dan Air
5 September 2020
Skip to content