Pengenalan
Hari Alam Sekitar Negara merupakan acara tahunan yang telah disambut semenjak tahun 1989. Pada ketika itu ia dikenali sebagai Minggu Alam Sekitar Negara yang disambut pada tanggal 21 hingga 27 haribulan Oktober. Walau bagaimanapun, pada tahun 2016, Minggu Alam Sekitar Negara telah dijenamakan kepada Hari Alam Sekitar Negara yang disambut pada setiap 21 haribulan Oktober.
Adalah menjadi hasrat pihak Kerajaan agar penetapan secara simbolik hari “perayaan alam sekitar” ini dapat dirasai dan diingati oleh setiap rakyat Malaysia bagi melambangkan semangat kebersamaan dalam mengharungi cabaran pengurusan alam sekitar yang semakin kompleks.
Hari Alam Sekitar Negara pada tahun ini masih mengekalkan tema “Alam Sekitar, Tanggungjawab Bersama” dengan fokus kepada empat (4) program utama iaitu:
- Sertai Sahabat Sungai melalui Program Denai Sungai Kebangsaan;
- Kempen Pengumpulan Buangan Elektrikal Dan Elektronik (e-waste);
- Kempen Hindari Plastik Sekali Guna; dan
- Penghijauan Bumi & Penanaman Pokok.

*Maklumat dan Jadual Program Hari Alam Sekitar Negara 2020 tertakluk kepada sebarang perubahan atau pindaan.
KEMPEN PENANAMAN POKOK (#MYpokokchallenge)
PROGRAM DENAI SUNGAI KEBANGSAAN (DSK)
Aktiviti Hari Alam Sekitar Negara 2020
#MomenLestariku
Kongsikan foto, video atau ucapan kepada kami mengenai usaha anda dalam melestarikan alam sekitar. Momen terpilih akan disiarkan di dalam Media Sosial Jabatan Alam Sekitar.
Sertai juga acara-acara yang diadakan dan menangi hadiah yang menarik!
10 - 25 Oktober 2020
Pameran "Khabar dari Antartika" di Muzium Negeri Kelantan
22 Oktober 2020
Solat Hajat HASN2020
23 Oktober 2020
Pertandingan Dikir Barat Alam Sekitar
23 Oktober 2020
Majlis Perasmian Hari Alam Sekitar Negara dan Hari Sungai Sedunia
24 Oktober 2020
Perasmian Denai Sungai Pengkalan Datu, Kubang Kerian