Wednesday, 12 August 2020 02:16

Mesyuarat Jawatankuasa Induk Jerebu dan Cuaca Kering Kebangsaan Bil. 1/2020

Mesyuarat ini turut dihadiri oleh YB Dato’ Dr. Masrizal bin Muhammad, Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air, YBhg. Dato' Seri Ir. Dr. Zaini b. Ujang, KSU KASA, YBrs. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu TKSU Alam Sekitar, YBrs. Puan Norlin Jaafar, Ketua Pengarah JAS dan Pengarah di Ibu Pejabat dan Pengarah Negeri JAS, wakil-wakil agensi serta pegawai-pegawai kanan JAS.
Mesyuarat kali pertama bagi jawatankuasa induk jerebu dan cuaca kering kebangsaan ini diadakan bagi melaporkan status terkini keadaan cuaca dan persediaan setiap agensi bagi menghadapi keadaan jerebu semasa cuaca panas dan kering melalui perbincangan agenda utama iaitu:

  1. Keadaan terkini cuaca dan ramalan cuaca akan datang oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia);
  2. Status kualiti udara dan tindakan pencegahan menghadapi jerebu oleh JAS;
  3. Hasil bengkel post-mortem dan hala tuju pengurusan jerebu oleh KASA; dan
  4. Persediaan menghadapi kemungkinan berlakunya jerebu merentas sempadan oleh KASA.
Last modified on Wednesday, 12 August 2020 07:16