Sunday, 18 October 2020 16:03

Kerja Pembersihan Kesan Tumpahan Minyak Di Port Dickson

Kerja-kerja pembersihan kesan-kesan pencemaran minyak di Pantai Cermin, Port Dickson yang telah bermula sejak 14 Oktober 2020 berjalan dengan lancar.

Kerja penggantian absorbent boom dan absorbent pad di kawasan terlibat turut dilaksanakan sejak jam 9 pagi 14 Oktober 2020.

Agensi yang terlibat termasuklah Majlis Perbandaran Port Dickson, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam, Jabatan Alam Sekitar, Polis Diraja Malaysia, RELA, Jabatan Laut Malaysia, Majlis Perbandaran Alor Gajah, Pejabat Daerah Dan Tanah Alor Gajah, JKR,Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan Jabatan Perhilitan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Petronas, SWCorp, dan PV Environment.

#KementerianAlamSekitarDanAir
#JabatanAlamSekitar
#Alamsekitartanggungjawabbersama

Last modified on Sunday, 18 October 2020 16:09