Tuesday, 20 October 2020 01:09

Lawatan YB Menteri Ke LRA Sg. Selangor Fasa 2

Tinjauan YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, Menteri Alam Sekitar dan Air bersama YB Senator Dato’ Dr. Ahmad Masrizal Muhammad, Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air ke Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang yang telah dihenti tugas sepenuhnya pada 19 Oktober 2020 jam 12.30 tengah malam dan diikuti LRA Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), Fasa 2 (SSP2) dan Fasa 3 (SSP3) yang dihenti tugas pada 19 Oktober 2020 jam 2.00 pagi ekoran insiden pencemaran bau dikesan di Sungai Selangor.

Taklimat dan sidang media telah dijalankan di loji berkenaan bagi memaklumkan status terkini dan tindakan yang diambil oleh pihak Air Selangor.

Kini, pihak Air Selangor telah mula menyalurkan semula air terawat kepada pengguna berdasarkan kepada pelan pemulihan. Rujuk aplikasi Air Selangor atau layari www.airselangor.com untuk perkembangan terkini.

#AlamSekitarTanggungjawabBersama
#KementerianAlamSekitarDanAir
#HASN2020
#HariAlamSekitarNegara

Last modified on Tuesday, 20 October 2020 01:28