Isnin, 02 November 2020 14:37

Majlis Perasmian Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2020 Peringkat Kebangsaan

Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kelantan telah menganjurkan Majlis Perasmian Hari Alam Sekitar Negara 2020 (HASN 2020) peringkat kebangsaan di Kota Bharu, Kelantan pada 23 Oktober 2020. Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Bentara Kanan Ustaz Dato’ Haji Ahmad Bin Yakob, Menteri Besar, Kelantan dengan pematuhan SOP cegah Covid-19 yang amat ketat.

Tema Sambutan Hari Alam Sekitar Negara pada tahun ini adalah “Alam Sekitar, Tanggungjawab Bersama” dengan memfokuskan kepada empat (4) program utama iaitu:

  1. Kempen Pengumpulan Buangan Elektrikal Dan Elektronik (e-waste);
  2. Kempen Hindari Plastik Sekali Guna;
  3. Kempen Penghijauan Bumi & Penanaman Pokok; dan
  4. Program Denai Sungai Kebangsaan.

YB Menteri Alam Sekitar dan Air mengumumkan bermula pada bulan Januari tahun 2021, Jabatan Alam Sekitar telah menetapkan hari Sabtu terakhir pada setiap bulan sebagai hari pengumpulan e-waste di seluruh negara. Orang ramai digalakkan menganjurkan aktiviti pengumpulan e-waste di peringkat komuniti masing-masing. Maklumat Pusat Pengumpulan boleh didapati di laman web http://www.doe.gov.my/hhew.

Di dalam ucapan perasmian, YAB Menteri Besar Kelantan telah menyatakan bahawa Kerajaan Negeri sedang berusaha untuk merancakkan ekonomi negeri dengan pelbagai inisiatif baharu dengan memberi penekanan kepada aspek kelestarian alam sekitar. Justeru, Kerajaan Negeri Kelantan telah mencetuskan beberapa aktiviti ke arah pembangunan seimbang dan mampan serta berusaha menjadi model pembangunan negeri mesra alam sekitar.

Dikemaskini pada Isnin, 30 November 2020 14:47
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)
Jabatan Alam Sekitar (JAS)
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET)
Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM)
Jabatan Perkhidmatan Pembentungan (JPP)
Bahagian Bekalan Air (BBA)
Jabatan Biokeselamatan (JBK)
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)
Indah Water Konsortium (IWK)
Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB)
Malaysian Green Technology and Climate Change Centre (GreenTech)
Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM)

HUBUNGI KAMI

Kementerian Alam Sekitar dan Air

Blok F11, Kompleks F
Lebuh Perdana Timur, Presint 1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62000 Putrajaya, Malaysia

+603 8091 7000

pro@kasa.gov.my