Isnin, 02 November 2020 14:54

Majlis Perasmian Denai Sungai Pengkalan Datu, Kubang Kerian, Kelantan - Projek Rintis Denai Sungai Kebangsaan (DSK)

Majlis Perasmian Denai Sungai Pengkalan Datu, Kubang Kerian, Kelantan telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man, Menteri Alam Sekitar dan Air pada 24 Oktober 2020 (Sabtu) bertempat di Sungai Pengkalan Datu, Kubang Kerian, Kelantan. Majlis perasmian ini diadakan bersempena dengan sambutan Hari Alam Sekitar Negara dan Hari Sungai Sedunia Tahun 2020.

Denai Sungai Pengkalan Datu di Kubang Kerian ini merupakan antara projek rintis Denai Sungai Kebangsaan (DSK) yang diperkenalkan oleh Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) pada tahun ini. Denai sepanjang hampir satu kilometer ini bermula di kawasan belakang Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dan melalui sekitar kawasan hutan bakau di sekitar Min House Camp, Kubang Kerian. KASA mensasarkan pembinaan DSK sepanjang 1,000 kilometer pada tahun 2023 dan 10,000 kilometer menjelang tahun 2030.

Pembinaan DSK adalah merupakan strategi tindakan pencegahan pencemaran melalui pendekatan kawalan di punca penyelesaian secara nature-based. KASA dengan kerjasama Kerajaan-kerajaan negeri akan mengenalpasti kawasan-kawasan rizab sungai untuk dibangunkan sebagai kawasan rekreasi melalui pembinaan denai dan aktiviti pengindahan sungai. Dengan adanya denai di tepi sungai, ia akan menggalakkan aktiviti seperti berkelah, memancing dan berbasikal di kalangan komuniti setempat. Kehadiran orang ramai di kawasan tersebut akan menghalang pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menjadikan sungai sebagai tempat pembuangan sisa. Di samping itu, DSK ini juga berpotensi untuk menyumbang kepada eko-pelancongan setempat.

Dikemaskini pada Isnin, 30 November 2020 14:47
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)
Jabatan Alam Sekitar (JAS)
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET)
Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM)
Jabatan Perkhidmatan Pembentungan (JPP)
Bahagian Bekalan Air (BBA)
Jabatan Biokeselamatan (JBK)
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)
Indah Water Konsortium (IWK)
Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB)
Malaysian Green Technology and Climate Change Centre (GreenTech)
Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM)

HUBUNGI KAMI

Kementerian Alam Sekitar dan Air

Blok F11, Kompleks F
Lebuh Perdana Timur, Presint 1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62000 Putrajaya, Malaysia

+603 8091 7000

pro@kasa.gov.my