Selasa, 13 Julai 2021 15:01

Persidangan Bandar Rendah Karbon Malaysia (Malaysian Low Carbon Cities Conference – MyL3C)

YAB Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yasin, Perdana Menteri Malaysia telah merasmikan Persidangan Bandar Rendah Karbon Malaysia (Malaysian Low Carbon Cities Conference – MyL3C) yang diadakan pada 13 Julai 2021. Ucapan perasmian beliau telah disampaikan oleh YB Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man, Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA).

Persidangan selama satu hari ini dianjurkan di bawah projek Green Technology Application for the Development of Low Carbon Cities (GTALCC) oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) selaku perunding utama, dengan kerjasama Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) dan United Nations Development Programme (UNDP).

#AlamSekitarTanggungjawabBersama
#KementerianAlamSekitarDanAir
#MalaysiaLestari2030
#PemulihanEkosistem
#EcosystemRestoration
#GenerationRestoration
#MenangBersama
#LindungDiriLindungSemua

Dikemaskini pada Rabu, 14 Julai 2021 15:10