Selasa, 13 Julai 2021 15:10

Informal Ministerial Consultation on the Article 6 of the Paris Agreement

YB Menteri Alam Sekitar dan Air, YB Dato' Sri Tuan Ibrahim Tuan Man bersama YBhg Dato’ Seri Ir Dr Zaini Ujang, Ketua Setiausaha dan Pegawai Kanan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) telah menyertai sesi sambungan kepada Informal Ministerial Consultation on the Article 6 of the Paris Agreement.

Dalam sesi ini, YB Menteri dan menteri-menteri yang bertanggungjawab ke atas isu perubahan iklim seluruh dunia membincangkan isu mengenai sumbangan aktiviti perdagangan karbon kepada tindakan adaptasi perubahan iklim.

Di dalam kenyataan negara yang disampaikan oleh beliau semasa sesi tersebut, YB Menteri telah menyatakan bahawa pembiayaan kewangan bagi pelaksanaan tindakan adaptasi perubahan iklim adalah penting untuk negara-negara membangun, selaras dengan peruntukan di bawah konvensyen UNFCCC dan Perjanjian Paris.

YB Menteri juga menyatakan bahawa pelaksanaan mekanisme perdagangan karbon di bawah Artikel 6 kepada Paris Agreement juga berpotensi untuk menjana sumber kewangan bagi pelaksanaan tindakan adaptasi perubahan iklim oleh negara membangun.

Kenyataan negara yang disampaikan oleh YB Menteri juga menyentuh mengenai isu-isu lain berkaitan Artikel 6 kepada Perjanjian Paris. Antaranya adalah supaya negara-negara ahli kepada Perjanjian Paris untuk meneruskan perbincangan teknikal mengenai isu-isu di bawah Artikel 6 seperti proses pelaporan dan penilaian  (reporting and review process), pembangunan aras rujukan bagi aktiviti  (baselines development), kaedah kawalan perlindungan dan had (safeguards and limits) , dan pembangunan kapasiti (capacity building) berkaitan bagi negara membangun.

#AlamSekitarTanggungjawabBersama
#KementerianAlamSekitarDanAir
#MalaysiaLestari2030
#PemulihanEkosistem
#EcosystemRestoration
#GenerationRestoration
#MenangBersama
#LindungDiriLindungSemua