Jumaat, 23 Julai 2021 19:30

Majlis Perasmian 12th International Greentech & Eco Products Exhibition & Conference Malaysia (IGEM 2021)

YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin, Perdana Menteri Malaysia telah merasmikan 12th International Greentech & Eco Products Exhibition & Conference Malaysia (IGEM 2021). Persidangan teknologi hijau dan eco-solution yang terbesar di Asia Tenggara ini menyasarkan RM5 bilion dalam potensi perniagaan (business leads) bagi memacu ekonomi hijau.

Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) dengan kerjasama Malaysia Green Technology and Climate Change Centre (MGTC) telah menganjurkan IGEM 2021 buat kali kedua secara maya menerusi laman sesawang www.virtual.igem.my bertemakan "Penakrifan Semula Kelestarian" atau Redefining Sustainability. Persidangan yang dianjurkan sejak 12 tahun lepas ini dijangka akan menampilkan 300 pempamer daripada 50 buah negara dan dijangka akan menarik kunjungan 30,000 pelawat berdaftar sepanjang tempoh 6 bulan persidangan.
 
IGEM 2021 akan memaparkan lebih daripada 100 sesi persidangan, webinar, dan pocket talk dengan menggunakan pendekatan bulanan tematik khusus yang merangkumi bidang-bidang dalam sektor kelestarian seperti teknologi hijau, air, perubahan iklim, alam sekitar, kelestarian, pembiayaan hijau, tenaga dan e-Mobility. Di samping itu juga, beberapa majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) akan dimeterai.
 
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.igem.my
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)
Jabatan Alam Sekitar (JAS)
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET)
Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM)
Jabatan Perkhidmatan Pembentungan (JPP)
Bahagian Bekalan Air (BBA)
Jabatan Biokeselamatan (JBK)
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)
Indah Water Konsortium (IWK)
Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB)
Malaysian Green Technology and Climate Change Centre (GreenTech)
Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM)

HUBUNGI KAMI

Kementerian Alam Sekitar dan Air

Blok F11, Kompleks F
Lebuh Perdana Timur, Presint 1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62000 Putrajaya, Malaysia

+603 8091 7000

pro@kasa.gov.my