Selasa, 27 Julai 2021 19:00

Majlis Perasmian The International Hydrogen Economy Forum


YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, Menteri Alam Sekitar dan Air telah merasmikan The International Hydrogen Economy Forum secara maya pada 27 Julai 2021. Majlis ini bertujuan untuk mengenal pasti inisiatif teknologi hidrogen yang dilaksanakan oleh organisasi tempatan dan antarabangsa bagi memacu ekonomi rendah karbon seterusnya mewujudkan potensi pelaburan baharu dalam ekonomi hijau.

Kementerian Alam Sekitar dan Air mengalu-alukan sebarang kerjasama strategik, pelaburan dan jaringan kerjasama dengan organisasi awam dan swasta dalam bidang kajian dasar dan regulatori, kemudahan bersepadu, logistik dan infrastruktur, demonstrasi teknologi dan inovasi komponen tempatan yang akan memberi nilai tambah kepada ekonomi hidrogen.

Pada majlis ini juga, YB Menteri Alam Sekitar dan Air dan Duta Besar Jepun ke Malaysia Oka Hiroshi menyaksikan pertukaran dokumen memorandum kerjasama antara Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) dan beberapa rakan strategik antaranya UMW Innovation and R&D Centre Sdn Bhd, Mitsui & Co Ltd; Sarawak Economic Development Cooperation (SEDC); dan Vizione Energy Sdn Bhd bagi kerjasama dalam pembangunan ekonomi hidrogen di Malaysia.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)
Jabatan Alam Sekitar (JAS)
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET)
Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM)
Jabatan Perkhidmatan Pembentungan (JPP)
Bahagian Bekalan Air (BBA)
Jabatan Biokeselamatan (JBK)
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)
Indah Water Konsortium (IWK)
Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB)
Malaysian Green Technology and Climate Change Centre (GreenTech)
Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM)

HUBUNGI KAMI

Kementerian Alam Sekitar dan Air

Blok F11, Kompleks F
Lebuh Perdana Timur, Presint 1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62000 Putrajaya, Malaysia

+603 8091 7000

pro@kasa.gov.my