Selasa, 03 Ogos 2021 19:00

Majlis Perasmian Climate Change E-Colloquium 2021 dan Pelancaran Malaysia’s Third Biennial Update Report (BUR3) to The United Nations Framework Convention on Climate Change (UNFCCC)

YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, Menteri Alam Sekitar dan Air telah merasmikan Majlis Perasmian Climate Change E-Colloquium 2021 dan Pelancaran Malaysia’s Third Biennial Update Report (BUR3) to The United Nations Framework Convention on Climate Change (UNFCCC) secara maya pada 3 Ogos 2021 (Selasa).

Pada 2015, Intended Nationally Determined Contribution (INDC) telah dikemukakan dengan hasrat untuk mengurangkan intensiti pelepasan GHG sebanyak 45 peratus menjelang 2030, dengan 35 peratus dilaksanakan tanpa syarat manakala baki 10 peratus adalah bersyarat, tertakluk kepada penerimaan peruntukan kewangan, pemindahan teknologi dan pembangunan kapasiti dari negara maju. Kemas kini NDC itu juga mengambil kira skop tujuh jenis gas rumah kaca berbanding tiga jenis sahaja sebelum ini.

Sasaran tanpa syarat itu tidak akan menjejaskan keupayaan negara untuk terus menerima bantuan kewangan, teknikal dan pertukaran teknologi dari sumber-sumber antarabangsa kerana status negara di bawah UNFCCC sebagai sebuah negara di bawah Non-Annex I Parties.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)
Jabatan Alam Sekitar (JAS)
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET)
Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM)
Jabatan Perkhidmatan Pembentungan (JPP)
Bahagian Bekalan Air (BBA)
Jabatan Biokeselamatan (JBK)
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)
Indah Water Konsortium (IWK)
Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB)
Malaysian Green Technology and Climate Change Centre (GreenTech)
Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM)

HUBUNGI KAMI

Kementerian Alam Sekitar dan Air

Blok F11, Kompleks F
Lebuh Perdana Timur, Presint 1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62000 Putrajaya, Malaysia

+603 8091 7000

pro@kasa.gov.my