Kunjungan Hormat oleh TYT Lee Chi Beom, Duta Besar Republik Korea di Malaysia ke atas YB Dato’ Mansor bin Haji Othman, Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air pada 9 Februari 2022 di Kementerian Alam Sekitar dan Air, Putrajaya.
Antara intipati pertemuan dua hala ini adalah perbincangan mengenai Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kerajaan Malaysia dan Kementerian Alam Sekitar Republik Korea dalam sektor pengurusan air dan pembetungan. KASA turut menyambut baik tawaran kedutaan dan K-water untuk mengambil bahagian dalam Majlis Air Asia (AWC), yang merupakan platform dan rangkaian global yang memberi tumpuan kepada penyediaan penyelesaian mengenai cabaran air di Asia.
KASA juga mengambil peluang menzahirkan ucapan tahniah kepada K-water di atas pembukaan pejabat serantau pertamanya di Kuala Lumpur.