Sempena lawatan kerja di Pulau Pinang, YB Dato' Mansor bin Haji Othman, Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air telah merasmikan serta menyerahkan jambatan dan Rumah Pam Tebatan Banjir, Teluk Kumbar Daerah Barat Daya. Projek yang bermula pada 17 Jun 2019 ini meliputi skop kerja pembinaan Rumah Pam, pembinaan bangunan pencawang TNB, bilik operasi, tembok penahan L-unit, pagar serta menaiktaraf jambatan Jalan Gertak Sanggul.
Projek dijangka dapat memanfaatkan lebih 20,000 penduduk setempat yang sering mengalami masalah banjir sejak sekian lama. Projek ini juga telah mendapat kerjasama yang baik diantara pihak JPS Negeri Pulau Pinang dengan Jabatan lain yang terlibat secara langsung terutamanya pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Pulau Pinang serta seluruh agensi utiliti yang terlibat yang telah bertungkus lumus menjayakan projek ini.