21 OKTOBER 2021

HARI ALAM SEKITAR NEGARA 2021

Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama

PENGENALAN

Hari Alam Sekitar Negara merupakan acara tahunan yang telah disambut semenjak tahun 1989. Pada ketika itu ia dikenali sebagai Minggu Alam Sekitar Negara yang disambut pada tanggal 21 hingga 27 haribulan Oktober. Walau bagaimanapun, pada tahun 2016, Minggu Alam Sekitar Negara telah dijenamakan kepada Hari Alam Sekitar Negara yang disambut pada setiap 21 haribulan Oktober.

Adalah menjadi hasrat pihak Kerajaan agar penetapan secara simbolik hari “perayaan alam sekitar” ini dapat dirasai dan diingati oleh setiap rakyat Malaysia bagi melambangkan semangat kebersamaan dalam mengharungi cabaran pengurusan alam sekitar yang semakin kompleks.

Hari Alam Sekitar Negara pada tahun ini masih mengekalkan tema “Alam Sekitar, Tanggungjawab Bersama” dengan fokus kepada tiga (3) program utama iaitu:

  1. Pengumpulan Buangan Elektrikal Dan Elektronik (e-waste);
  2. Program PlasticBuster ; dan
  3. 1 Rakan Alam Sekitar 1 Pokok (1 RAS 1 POKOK)

PROGRAM & AKTIVITI SEPANJANG HASN 2021

Buku Program HASN 2021 (Klik di sini)